My-Chantique Design

FIRSTLY, WELCOME TO MY BLOG.
SECONDLY, THANK YOU FOR VISITING MY BLOG.
THIRDLY, DO ENJOY YOURSELF WITH ALL THE STORY AND ITEM SHOWN IN THIS BLOG.
FINALLY, PLEASE CALL ME FOR FURTHER INFORMATION AND PLACE YOUR ORDER AS WELL IF YOU ARE INTERESTED



My Activitiy Calendar

Tuesday, November 24, 2009

Apam On His Grading Day

Hai...

Lama tak buat apa-apa posting kat sini. Sibuk sesangat sekarang ni. Hari ni nak kongsi citer sikit pasal my youngest son (Qawiem Sufyan @ Apam) & his grading day.

On 21 Nov 2009 adalah hari grading untuk APAM. Bertempat di Kajang Training Centre bersama2 dgn ahli2 taekwondo yg lain dari Jagoh Taekwondo Academy Grading dilaksanakan. Kalau ada rezeki.... insyaallah lepas grading APAM akan tukar talipinggang dari GREEN 2 kepada BLUE 1.

Tak banyak gambar dapat ambik masa grading sebab saya sibuk di dapur he..hee... Sebenarnya setiap kali ada grading kami akan adakan port-luck party untuk celebrate dan enjoy ngan family & anak2.

Tengoklah seadanya ya....




ACARA PECAH PAPAN
read more...

Sunday, November 1, 2009

Sports Day @ Tadika Nur Prisma

Jumaat, 30 Nov 2009 - Tadika Nur Prisma telah menganjurkan Hari Sukan Sekolah mereka. Biasanya TNP menganjurkan hari sukan bersekali dengan Hari Kemerdekaan Negara Kita Malaysia iaitu dalam Bulan Ogos dan disambut meriah. Tetapi memandangkan tahun ni....hari kebangsaan adalah sehari sebelum bermulanya puasa iaitu 01/09/2009 maka tak dapatlah dilaksanakan seperti biasa. Selalunya ada acara utk parents juga.....tahun ni tak dapatlah parents nak merasa bersukan dengan anak-anak.

Acara tahun ni sangat simple....lagi pun hari Jumaat. But anyway.....it still happening dan anak-anak pun sumenya enjoy.


Sesi ambil kedatangan oleh Teacher Nor sebelum sukan bermula. Mestilah nak kena check dulu cukup ke tak ahli kumpulan ..... kalau tak cukup nanti boleh kalah kan...??
Teacher Nor : "Qawiem Sufyan Zainal"
Qawiem @ Baby @ Apam : " Yes teacher... I'm here....in front of you...."
Sebenarnya sekolah ni bahasa perantaraannya English.....so bolehlah sikit2 bebudak ni speaking berdebu....he..he..






PERARAKAN ANAK-ANAK KE TAPAK SUKAN / PADANG SUKAN






Semasa acara perasmian....anak-anak menyanyi dan menari mengikut gaya lagu yang dinyanyikan. Tengoklah bebudak ni....bersemangat betul, tambah-tambah si apam tu. Yoyo-O jer. Dia ni kalau pasal nyanyi, berjoget ha....kasilah kat die.





Ni plak masa tengah tunggu acara dimulakan. Apam masuk acara tarik bola dengan gelung rotan...pastu org yg last sekali dlm kumpulan tu kena susun tin wat cam flat baru leh lari ke garisan penamat. Biasanya masa praktis...Apam tu lah yg paling lambat dan tak semangat. Tapi hari sukan tu....dia la yg paling cepat sekali sampai....Pasai tulah group die menang dapat no. 1. Wah....suke dan megah betoi die ni. Tapi masa bebudak ni tengah berlari dan tarik bola tak dapat nak ambik gambar sebab tengah tolong teachers.....




Ha...akhirnya inilah pemenagn utk hari ini....kengkononnye....padahal sume anak-anak dapat hadiah tak kiralah menang ke tak menang ke...ala...bebudak.....




Group photo dengan semue kengkawan yang sama kelas ngan Apam dari kelas smart 6.


Gambar ngan teacher Siti the PRINCIPAL.




Gambar kenang dengan teachers yang mengajar Apam.
Teacher Mawar, Ustazah, Kak Teh (anak teacher CT) dan Teacher CT.

Dah habis dah.....Tahun depan sumenya dah nak masuk darjah satu....Hai.....camner lah gayanya tu agaknya....
read more...

Wednesday, October 7, 2009

Beg OSHIN

Hari ni nak cite pasal beg lah pulak....beg ni lah yang menjadi punca dan cerita asal macam mana saya boleh jadi ahli VIP Pusat Jahitan EPAL.

Effa (my younger sister http://effrins.blogspot.com/) adalah ahli VIP EPAL berpusat di kotaraya. Dia memang dah lama dah jadi member. Saya pun sebenarnya dah lama gak nak jadi member tapi sebab sibuk sangat ngan kerja dan urusan anak-anak maka sumenya tertangguh. Finally, one day Effa call dan tanya nak masuk pertandingan jahitan tak kat EPAL? katanya bukan ahli pun boleh join....kos cuma RM10 je. Jahit Beg OSHIN. Sebab kosnya memanglah tersangat murah, so saya terus say ok lah dan Effa kata nanti dia belikan barang.



Inilah bahan yang Effa belikan dari Pusat EPAL Kotaraya.
HARGA : RM10
Kita dapat : sebidang kain (22.5 inci  x  45 inci)
sepasang tangkai rotan dan 6 biji butang.


Few days lepas tu adalah satu cikgu dari EPAL Kotaraya call saya dan minta saya datang ke Pusat EPAL untuk ditunjukkan cara camne nak jahit beg tu. Masa tu pegilah ngan Effa. Sampai sana kenal ngan FONNY pengurus PUSAT EPAL kat kotaraya. Cikgu2 kat situ tunjukkan lah camne nak wat dan jahit beg OSHIN ni. Saya tak jahit kat situ pun, tengok dan tanya sikit lebih kurang...agak2 dah paham...saya balik dan jahit di rumah.

Mesti herankan... kenapa material yang Effa beli lain tapi bila jadi beg lain pulak paten kainnya. Sebenarnya masa kenal2 ngan FONNY tu, saya terpandangkan kain kotak2 ni...berkenanlah pulak rasanya...pas tu cubalah tanya ngan FONNY klu boleh tukar. Fonny kata Okay...tapi pastu saya beli extra projek ni sebab murah je harganya. Ingatkan nak buat satu utk anak dara I tapi nampak gayanya sampai sekarang masih lagi macam tu juga bahan tu...belum jadi beg lagi...nantilah saya jahitkan dan upload...pastu kita tengok hasilnya.

Lepas dah jahit dan tambah sana-sini....tada....Inilah hasilnya.....



Beg OSHIN yang diap dijahit dan ditambah aksesori



Bunga kat badan beg ni adalah sulaman bunga reben. Sebab tulah minta tukar kain sebab bilah tengok je kain kotak2 ni...idea terus masuk camne nak dress-up beg ni.



Ni gambar dari tepi. Kat tepi tu macam ada ala-ala poket lah. tapi laklah dalam sangat.




Akhirnya....bila dipertandingkan, beg OSHIN ni dapat tempat kedua untuk keseluruhan. Beg yang Effa jahit pulak dapat No. 1. Jadi hadiahnya adalah belajar selama setahun di Pusat EPAL percuma. (Yuran tak yah bayar tapi bahan projek kena beli). Maka secara tak langsung...aku dah pun jadi VIP /ahli EPAL. Tak yah lah beli mesin....(sape nak jadi ahli EPAL kena beli mesin dari EPAL). SO....bermulah perjalanan saya sebagai ahli EPAL. Banyak lagi cabaran dan godaan menanti bila dah jadi member ni.....he..he..


     
PEMENANG TEMPAT PERTAMA
FAZRINA ASHAARI @ EFFA



PEMENANG TEMPAT KE DUA
HAZRINA ASHAARI
                       
Nanti lain kali kita masuk pertandingan lagi ye....manalah tau boleh menang lagi.
read more...

Baju Kurung sulam

Lama tak edit dan post ape-ape kat blog ni. Bukannya tak ingat tapi tak sempat. Sebenarnya ada many-many-many-many story nak cite dan share dengan sesape je yang tersinggah atau sengaja singgah kat blog ni. Keadaan, masa dan kesihatan pun tak mengizinka. Pelan-pelan kita usahakan ya...

Okay, memandangkan bulan posa hari tu adalah bulan yang paling-paling kena rehat sebab baru je pas operation...so tak banyak projek yang dapat dijalankan. Sebenarnya banyak projek yang tergendala, sekang ni tengah nak cover baliklah ni. Biasanya bulan posa ada gak menjait dan siapkan tempahan utk biskut dan kek utk raya.

Bulan Posa baru ni, sempat jait 4 pasang baju siap bersulam lagi. 2 pasang sulam labuci dan manik. 2 pasang lagi sulam mesin. Tapi.....cuma sempat amik gambar utk sepasang yg terakhir je, yang lain tak sempat hu..hu.

Inilah hasilnya..........





SULAM HUJUNG/KAKI BAJU KURUNG



SULAM HUJUNG LENGAN BAJU KURUNG
                          
KOD SULAM : C13 003_3
Harga Baju : RM 35.00
Harga Sulam : RM 80 (bunga dijarakkan dan hanya guna 2 warna sahaja)


Baju kurung ni hak milik Teacher Mahani dari Pusat tuisyen E-bijak. Satu lafi baju kurung yang tak sempat diambil gambarnya tu adalah untuk anak Teacher Mahani. Sebenarnya kod sulam ni bunganya penuh....tapi Teacher Mahani tak nak sarat sangat, so saya selangkan satu bunga supaya tak nampak sarat sangat.

Sape-sape yang berminat nak tempah boleh lah calling-calling. Tunggu....ada banyak lagi design nak masuk...
read more...

Wednesday, September 2, 2009

ANAK-ANAKKU

Jom kenal ngan anak-anak saya.....



Inilah Hero dan Heroin saya.... Age between 6 - 14 years Old. Ni gambar raya 3 tahun lepas.....semuanya macam muka sedih aje kan...Yelah sebab masa tu abah tiba2 aje panggil suruh posing.



Inilah anak-anaku bila hari biasa @ tak raya... (masa ni celebrate birthday baby 4 tahun, sekarang dah 6 tahun)
Sekarang ni diaorang dah makin besar dan aktiviti diaorang yang paling saya support ialah TAEKWONDO.



  
Anak-anak dan aktiviti taekwondo diaorang....Sampai hari ni...Kakak, Abang & Adik dah sampai peringkat 'POOM' @ talipinggang hitam merah.  Baby baru je masuk talipinggang hijau gred 2. Takpe BI... pelan-pelan.
Satu lagi gambar yang menarik nak ditunjuk ni.....



Gambar siapakah itu..???? Itulah SAIDA 'okay la tu'.... snap gambar ni masa kat MITC Melaka kejohanan Taekwondo yang dianjurkan oleh speed power (group anak SAIDA). Yang bagusnya....si SAIDA ni sporting habis dan tak sombong pun....
Mulanya takde sape pun yang perasankan dia. budak2 ni la yang sibuk2 kata nampak macam artis je kakak tu....Masing2 nak ajak amik gambar tapi takut plak nak cakap....akhirnya dalam takut tu dapat gak amik gambar......
After that moment....saya nampak SAIDA dah tak senang duduk sebab satu stadium dah perasankan dia so.....posing sakanlah.
read more...

Salam Perkenalan

Assalamualaikum...
Salam perkenalan, terima kasih dan selamat datang pada semua yang sudah dan sudi singgah kat blog saya.
Sepatutnya...page ni yang siap dulu sebelum page2 yang lain. Cuma ketika saya mula2 create blog ni... berbulan2 dulu masa tidak mengizinkan untuk prepare page ni so....itulah kejadiannya. But anyway sekarang ada masa rehat sikit sebab sedang direhatkan jadi jomlah kita kenal2 dulu.
Sejak 4 tahun lepas....dengan rasminya saya dah sign jawatan baru iaitu SURIRUMAH sepenuh masa. Disebabkan anak2 pun semuanya dan sekolah dan dah besar jadi kenalah cari something yang boleh menghilangkan boring. selain dari ada buat biz kecil2an di rumah...saya teruskanlah minat yang teramat sangat dalam bidang jahitan juga memasak.
Memang dari kecik...saya dikelilingi oleh orang2 yang pandai menjahit dan juga masak. Sape lagi kalau bukan Ma dan juga kakak2 (Long dan Che) saya. Sampai sekarang ni pun kami beramai2 masih lagi dengan aktiviti menjahit dan tambah satu lagi korum adik saya.
Sebenarnya saya bukan setakat suka menjahit je tapi saya suka dengan apa saja kerja yang boleh menghasilkan item2 yang cute, cantik, menarik dan sedap mata memandanglah. Apalagi kalau kita buat sendirikan... wou so proud kan. Sebab tulah dulu2 saya selalu ikut macam2 short course untuk tujuan nak pandai. Nanti bila2 free kita share ye....
C U later.....
read more...

Saturday, March 7, 2009

LOGO

Hi,

Selain dari sulaman di baju, kalau ada sesiapa atau mana-mana syarikat, persatuan, sekolah dll nak tempah logo pun boleh jugak.

Untuk Tempah Logo, yang pertama sekali kena tempah setting blok dulu. Harga setting ni bergantung kepada bentuk logo dan berapa banyak warna yang perlu digunakan.
Selepas buat setting dan dapat harga blok baru boleh ditentukan berapa Upah untuk satu sulaman logo.
Logo-logo ni boleh jahit di uniform, kemeja, t-shirt, towel dll.
Kalau ada yang beminat nak tau lebih lagi bolehlah email saya di chantiquegallery@yahoo.com.my

Contoh-contoh LOGO











read more...

Sulaman Baju Kurung C11

Contoh Sulaman Baju Kurung Dari COLLECTION 11



Code : C11001_bj.kurung
Price : RM 70.00 (Sulam Lengan & Kaki Baju
Colour : Up to 3 colours




Code : C11002_bj.kurung
Price : RM 70.00 (Sulam Lengan & Kaki Baju)
Colour : Up to 3 colours




Code : C11003_bj.kurung
Price : RM 70.00 (Sulam Lengan & Kaki Baju)
Colour : Up to 3 colours




Code : C11005_bj.kurung
Price : RM 70.00 (Sulam Lengan & Kaki Baju)
Colour : Up to 2 colour.
read more...

Sulaman Kebaya C11

Contoh Sulaman Kebaya Dari COLLECTION 11


Code : C11_001
Price : RM 150.00 (Sulam Lengan & Seluruh Badan Kebaya)
Colour : Up to 3 colours





Code : C11_002
Price : RM150.00 (Sulam Lengan & Seluruh Badan Kebaya)
Colour : Up to 3 colours





Code : C11_004
Price : RM 130.00 (Sulam Lengan & Seluruh Badan Kebaya)
Colour : Up to 4 colours





Code : C11005
Price : RM 150.00 (Sulam Lengan & Seluruh Badan Kebaya)
Colour : Up to 3 colours
read more...

Sulaman Baju Kurung C13

Contoh Sulaman Baju Kurung Dari COLLECTION 13


Code : C13_006
Price : RM 60.00 (Sulam Lengan & Kaki Baju)
Colour : Up to 3 colours




Code : C13_053
Price : RM 60.00 (Sulam Lengan & Kaki Baju)
Colour : Up to 3 colours

read more...

Sulaman Baju Kurung C12

Contoh Sulaman Baju Kurung Dari COLLECTION 12


Code : C12_001
Price : RM60.00 (Sulam Lengan & Kaki Baju)
Colour : Up to 3 colours




Code : C12_003
Price : RM 60.00 (Sulam Lengan & Kaki Baju)
Colour : Up to 2 colours




Code : C12_005
Price : RM 60.00 (Sulam Lengan & Kaki Baju)
Colour : Up to 2 colours




Code : C12_009
Price : RM60.00 (Sulam Lengan & Kaki Baju)
Colours : Up to 3 colours




Code : C12_013
Price : RM 60.00 (Sulam Lengan & Kaki Baju)
Colour : Up to 3 colours




Code : C12_015
Price : RM 65.00 (Sulam Lengan & Kaki Baju)
Colour : Up to 4 Colours




Code : C12_017
Price : RM 80.00 (sulam Lengan & Kaki Baju)
Colour : Up to 6 Colours




Code : C12_018
Price : RM 65.00 (Sulam Lengan & Kaki Baju)
Colour : Up to 3 Colours




Code : C12_020
Price : RM 60.00 (Sulam Lengan & Kaki Baju)
Colours : Up to 2 colours





Code : C12_027
Price : RM 50.00 (Sulam Lengan & Kaki Baju)
Colour : 1 colour only.


read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget