My-Chantique Design

FIRSTLY, WELCOME TO MY BLOG.
SECONDLY, THANK YOU FOR VISITING MY BLOG.
THIRDLY, DO ENJOY YOURSELF WITH ALL THE STORY AND ITEM SHOWN IN THIS BLOG.
FINALLY, PLEASE CALL ME FOR FURTHER INFORMATION AND PLACE YOUR ORDER AS WELL IF YOU ARE INTERESTED



My Activitiy Calendar

Wednesday, October 7, 2009

Beg OSHIN

Hari ni nak cite pasal beg lah pulak....beg ni lah yang menjadi punca dan cerita asal macam mana saya boleh jadi ahli VIP Pusat Jahitan EPAL.

Effa (my younger sister http://effrins.blogspot.com/) adalah ahli VIP EPAL berpusat di kotaraya. Dia memang dah lama dah jadi member. Saya pun sebenarnya dah lama gak nak jadi member tapi sebab sibuk sangat ngan kerja dan urusan anak-anak maka sumenya tertangguh. Finally, one day Effa call dan tanya nak masuk pertandingan jahitan tak kat EPAL? katanya bukan ahli pun boleh join....kos cuma RM10 je. Jahit Beg OSHIN. Sebab kosnya memanglah tersangat murah, so saya terus say ok lah dan Effa kata nanti dia belikan barang.



Inilah bahan yang Effa belikan dari Pusat EPAL Kotaraya.
HARGA : RM10
Kita dapat : sebidang kain (22.5 inci  x  45 inci)
sepasang tangkai rotan dan 6 biji butang.


Few days lepas tu adalah satu cikgu dari EPAL Kotaraya call saya dan minta saya datang ke Pusat EPAL untuk ditunjukkan cara camne nak jahit beg tu. Masa tu pegilah ngan Effa. Sampai sana kenal ngan FONNY pengurus PUSAT EPAL kat kotaraya. Cikgu2 kat situ tunjukkan lah camne nak wat dan jahit beg OSHIN ni. Saya tak jahit kat situ pun, tengok dan tanya sikit lebih kurang...agak2 dah paham...saya balik dan jahit di rumah.

Mesti herankan... kenapa material yang Effa beli lain tapi bila jadi beg lain pulak paten kainnya. Sebenarnya masa kenal2 ngan FONNY tu, saya terpandangkan kain kotak2 ni...berkenanlah pulak rasanya...pas tu cubalah tanya ngan FONNY klu boleh tukar. Fonny kata Okay...tapi pastu saya beli extra projek ni sebab murah je harganya. Ingatkan nak buat satu utk anak dara I tapi nampak gayanya sampai sekarang masih lagi macam tu juga bahan tu...belum jadi beg lagi...nantilah saya jahitkan dan upload...pastu kita tengok hasilnya.

Lepas dah jahit dan tambah sana-sini....tada....Inilah hasilnya.....



Beg OSHIN yang diap dijahit dan ditambah aksesori



Bunga kat badan beg ni adalah sulaman bunga reben. Sebab tulah minta tukar kain sebab bilah tengok je kain kotak2 ni...idea terus masuk camne nak dress-up beg ni.



Ni gambar dari tepi. Kat tepi tu macam ada ala-ala poket lah. tapi laklah dalam sangat.




Akhirnya....bila dipertandingkan, beg OSHIN ni dapat tempat kedua untuk keseluruhan. Beg yang Effa jahit pulak dapat No. 1. Jadi hadiahnya adalah belajar selama setahun di Pusat EPAL percuma. (Yuran tak yah bayar tapi bahan projek kena beli). Maka secara tak langsung...aku dah pun jadi VIP /ahli EPAL. Tak yah lah beli mesin....(sape nak jadi ahli EPAL kena beli mesin dari EPAL). SO....bermulah perjalanan saya sebagai ahli EPAL. Banyak lagi cabaran dan godaan menanti bila dah jadi member ni.....he..he..


     
PEMENANG TEMPAT PERTAMA
FAZRINA ASHAARI @ EFFA



PEMENANG TEMPAT KE DUA
HAZRINA ASHAARI
                       
Nanti lain kali kita masuk pertandingan lagi ye....manalah tau boleh menang lagi.
read more...

Baju Kurung sulam

Lama tak edit dan post ape-ape kat blog ni. Bukannya tak ingat tapi tak sempat. Sebenarnya ada many-many-many-many story nak cite dan share dengan sesape je yang tersinggah atau sengaja singgah kat blog ni. Keadaan, masa dan kesihatan pun tak mengizinka. Pelan-pelan kita usahakan ya...

Okay, memandangkan bulan posa hari tu adalah bulan yang paling-paling kena rehat sebab baru je pas operation...so tak banyak projek yang dapat dijalankan. Sebenarnya banyak projek yang tergendala, sekang ni tengah nak cover baliklah ni. Biasanya bulan posa ada gak menjait dan siapkan tempahan utk biskut dan kek utk raya.

Bulan Posa baru ni, sempat jait 4 pasang baju siap bersulam lagi. 2 pasang sulam labuci dan manik. 2 pasang lagi sulam mesin. Tapi.....cuma sempat amik gambar utk sepasang yg terakhir je, yang lain tak sempat hu..hu.

Inilah hasilnya..........





SULAM HUJUNG/KAKI BAJU KURUNG



SULAM HUJUNG LENGAN BAJU KURUNG
                          
KOD SULAM : C13 003_3
Harga Baju : RM 35.00
Harga Sulam : RM 80 (bunga dijarakkan dan hanya guna 2 warna sahaja)


Baju kurung ni hak milik Teacher Mahani dari Pusat tuisyen E-bijak. Satu lafi baju kurung yang tak sempat diambil gambarnya tu adalah untuk anak Teacher Mahani. Sebenarnya kod sulam ni bunganya penuh....tapi Teacher Mahani tak nak sarat sangat, so saya selangkan satu bunga supaya tak nampak sarat sangat.

Sape-sape yang berminat nak tempah boleh lah calling-calling. Tunggu....ada banyak lagi design nak masuk...
read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget