My-Chantique Design

FIRSTLY, WELCOME TO MY BLOG.
SECONDLY, THANK YOU FOR VISITING MY BLOG.
THIRDLY, DO ENJOY YOURSELF WITH ALL THE STORY AND ITEM SHOWN IN THIS BLOG.
FINALLY, PLEASE CALL ME FOR FURTHER INFORMATION AND PLACE YOUR ORDER AS WELL IF YOU ARE INTERESTED



My Activitiy Calendar

Tuesday, November 24, 2009

Apam On His Grading Day

Hai...

Lama tak buat apa-apa posting kat sini. Sibuk sesangat sekarang ni. Hari ni nak kongsi citer sikit pasal my youngest son (Qawiem Sufyan @ Apam) & his grading day.

On 21 Nov 2009 adalah hari grading untuk APAM. Bertempat di Kajang Training Centre bersama2 dgn ahli2 taekwondo yg lain dari Jagoh Taekwondo Academy Grading dilaksanakan. Kalau ada rezeki.... insyaallah lepas grading APAM akan tukar talipinggang dari GREEN 2 kepada BLUE 1.

Tak banyak gambar dapat ambik masa grading sebab saya sibuk di dapur he..hee... Sebenarnya setiap kali ada grading kami akan adakan port-luck party untuk celebrate dan enjoy ngan family & anak2.

Tengoklah seadanya ya....




ACARA PECAH PAPAN
read more...

Sunday, November 1, 2009

Sports Day @ Tadika Nur Prisma

Jumaat, 30 Nov 2009 - Tadika Nur Prisma telah menganjurkan Hari Sukan Sekolah mereka. Biasanya TNP menganjurkan hari sukan bersekali dengan Hari Kemerdekaan Negara Kita Malaysia iaitu dalam Bulan Ogos dan disambut meriah. Tetapi memandangkan tahun ni....hari kebangsaan adalah sehari sebelum bermulanya puasa iaitu 01/09/2009 maka tak dapatlah dilaksanakan seperti biasa. Selalunya ada acara utk parents juga.....tahun ni tak dapatlah parents nak merasa bersukan dengan anak-anak.

Acara tahun ni sangat simple....lagi pun hari Jumaat. But anyway.....it still happening dan anak-anak pun sumenya enjoy.


Sesi ambil kedatangan oleh Teacher Nor sebelum sukan bermula. Mestilah nak kena check dulu cukup ke tak ahli kumpulan ..... kalau tak cukup nanti boleh kalah kan...??
Teacher Nor : "Qawiem Sufyan Zainal"
Qawiem @ Baby @ Apam : " Yes teacher... I'm here....in front of you...."
Sebenarnya sekolah ni bahasa perantaraannya English.....so bolehlah sikit2 bebudak ni speaking berdebu....he..he..






PERARAKAN ANAK-ANAK KE TAPAK SUKAN / PADANG SUKAN






Semasa acara perasmian....anak-anak menyanyi dan menari mengikut gaya lagu yang dinyanyikan. Tengoklah bebudak ni....bersemangat betul, tambah-tambah si apam tu. Yoyo-O jer. Dia ni kalau pasal nyanyi, berjoget ha....kasilah kat die.





Ni plak masa tengah tunggu acara dimulakan. Apam masuk acara tarik bola dengan gelung rotan...pastu org yg last sekali dlm kumpulan tu kena susun tin wat cam flat baru leh lari ke garisan penamat. Biasanya masa praktis...Apam tu lah yg paling lambat dan tak semangat. Tapi hari sukan tu....dia la yg paling cepat sekali sampai....Pasai tulah group die menang dapat no. 1. Wah....suke dan megah betoi die ni. Tapi masa bebudak ni tengah berlari dan tarik bola tak dapat nak ambik gambar sebab tengah tolong teachers.....




Ha...akhirnya inilah pemenagn utk hari ini....kengkononnye....padahal sume anak-anak dapat hadiah tak kiralah menang ke tak menang ke...ala...bebudak.....




Group photo dengan semue kengkawan yang sama kelas ngan Apam dari kelas smart 6.


Gambar ngan teacher Siti the PRINCIPAL.




Gambar kenang dengan teachers yang mengajar Apam.
Teacher Mawar, Ustazah, Kak Teh (anak teacher CT) dan Teacher CT.

Dah habis dah.....Tahun depan sumenya dah nak masuk darjah satu....Hai.....camner lah gayanya tu agaknya....
read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget