My-Chantique Design

FIRSTLY, WELCOME TO MY BLOG.
SECONDLY, THANK YOU FOR VISITING MY BLOG.
THIRDLY, DO ENJOY YOURSELF WITH ALL THE STORY AND ITEM SHOWN IN THIS BLOG.
FINALLY, PLEASE CALL ME FOR FURTHER INFORMATION AND PLACE YOUR ORDER AS WELL IF YOU ARE INTERESTED



My Activitiy Calendar

Thursday, December 2, 2010

Salam......

Jom layan projek2 santai untuk rumah Arwah Mak di kampung.....


Kain ela berkotak yang belum lagi di potong he..he..he..



Kain yang dah siap dijahit......apa ya......




Inilah dia.....langsir cafe utk tingkap dapur.....





Skirting untuk sinki & table top di dapur.....
read more...

Monday, November 22, 2010

SULAMAN UNTUK TOKOH PELAJAR

Salam....

Tempahan ini dari cikgu Susilawati dari Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 2.
Selempang ini akan dianegerahkan kepada putri2 cemerlang dari Persatuan Puteri Islam...




Tempahan yang ini pula dari Teacher Hayati untuk anugerah Tokoh Pelajar Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 2. Seorang Tunas Harapan LELAKI & seorang Tunas Harapan PEREMPUAN. Anugerah Tokoh Pelajar ini diberikan kepada pelajar pada Majlis Anugerah & Kecemerlangan Pelajar.....









read more...

MY RECYCLE PROJECT

Salam......
Kali ni nak share tentang projek kitar semula (my recycle project) yg saya dah buat....

Mangsa projek kali ni adalah seluar kodroi warna merah milik asal Abang Qamarul, anak kedua saya....seluar ni kiranya dah turun temurun...dari Abang sampai ke Adik sampai ke Baby....cuma bila sampai kat Baby, seluar ni dah berlubang kat kepala lutut. Itulah salah satu keistimewaan anak2 saya...lutut dorang tajam...boleh katakan semua seluar panjang koyak kat lutut sebab...seluar dan kepala lutut dorang jadi roller blade....jadi basilnya...seluar koyak di lutut....

Nak bagi orang....benda dah tak sempurna...
Nak buang.....SAYANG.....
Nak buat kain lap......TAK SAMPAI HATI....
SO.....kita ubahsuai lah.....


Seluar yang dah ready nak di recycle....
(Lupa nak amik foto masa belum potong...dah potong baru teringat...macam nilah jadinya...)



ini pulak bahagian yang koyak kat kepala lutut tu....


lepas dah siap diejas dan dijahit.....inilah hasilnya....jadilah seluar pendek...



Inilah tuan punya yang baru....Qawiem Sufyan Zainal @ Baby @ Apam...
tapi dia suka....sebab tu terus jer dia pakai lepas siap...





read more...

Monday, November 8, 2010

SULAMAN BAJU CIKGU MAZNI

Salam....

Tempahan sulaman dari Cikgu Mazni untuk Anual Dinner Cikgu SKPA(2). Temanya Pink dan hitam....

Biasanya sulaman baju kurung di kaki baju dan hujung lengan, tapi cikgu Mazni ni lain sikit. Cikgu minta supaya di sulam di atas badan baju menjalar dari bahu ke bawah sehinnga ke kaki baju. Untuk lengan pun cikgu nak sulaman di atas lengan. Puas jugaklah nak menyusun sume bunga-bunga tu menjalar seperti yang dihajatkan. Ada yang ditonggengkan, ada yang disengetkan pendek kata...bunga2 tu duduk dalam pelbagai gayalah...

Cikgu Mazni ni sebenarnya pandai menjahit...so...saya cuma sulamkan baju dia ajer....yang selebihnya dia buat sendiri.... Jom Layan.....
Sulaman Lengan Baju
Sulaman di bahagian badan baju

read more...

Tuesday, September 28, 2010

TEMPAHAN KOTAK PENSIL DARI GENG 'JAGOH'

Salam.....

Tempahan kotak pensil kali ni datang dari Ibu2 dari "JAGOH TAEKWONDO ACADEMY" untuk anak2.....



Terima kasih yer.......


read more...

Thursday, July 22, 2010

TEMPAHAN KOTAK PENSIL

Salam....

Kali ni jom kita cuci mata dengan kotak pensil yang ditempah oleh rakan FB saya, subashini thevan. Mulanya Ashini hanya tempah 3 unit kotak pensil. 1 untuk dirinya dan 2 lagi untuk anaknya. Kemudian tambah 4 lagi untuk kawan-kawan ofis....menjadikan jumlah semuanya 7 unit. Jom kita tengok....










Semua 7 kotak pensil yang ditempah sudah siap....



Ready for delivery.....TQ Ashini....hope you & your friends suka....
read more...

Friday, May 28, 2010

BEKAS @ BEG BOTOL AIR

Ditempah oleh Ustazah Ruwaida dari SEKOLAH KEBANGSAAN PUNCAK ALAM (2)


SULAM NAMA & BUNGA



Beg yang dah siap disulam dan dijahit...
material : denim / kain jeans
design : bertangkai dan dicerut dibahagian atas @ mulut botol air


Inilah botol air nya..... dan juga beg....

Terima Kasih Ustazah......harap-harap Ustazah puashati dan suka....

read more...

Monday, May 24, 2010

UNIFORM ETIQA TAKAFUL

Tempahan Sulaman dari En. Zamzari, Pengurus Agensi ETIQA TAKAFUL untuk agen takaful dia.....




read more...

Friday, April 23, 2010

Kotak Pensil



KOTAK PENSIL BERSULAM GAMBAR/BUNGA DAN NAMA

Nak share my handmade kotak pensil....order dari kengkawan...

Tempahan dari Ustazah Adik Qayyum

USTAZAH ROSE IDARWATTY
SEKOLAH KEBANGSAAN PUNCAK ALAM (2)



Tempahan dari Teacher Thilaga ( JAGOH TAEKWONDO ACADEMY) untuk princess dia...THASA



This is THASHA.....hopefully she will like the item....
read more...

Thursday, April 22, 2010

Tudung Kitar Semula

Tudung ini adalah tudung lama yang di kitar semula @ make over dengan menambahkan sulaman pada kaki tudung.

Ianya adalah milik jiran belakang rumah saya Kak Hasmah seorang Pensyarah UITM di Shah Alam. Kak Hasmah ni memang rajin hantar pakaian untuk di make-over ni....



Cuma.....tudung ni warna putih dan sulaman juga warna putih....jadi tak berapa nampak sangat kot dalam gambar...anyway itu permintaan dari tuan tudung. TQ Kak Hasmah....nanti hantar lagi ye....
read more...

Sunday, March 21, 2010

Sambutan Maulidur Rasul

SALAM......

Kali ni nak berkongsi kemeriahan Sambutan Maulidur Rasul KAFA Puncak Alam 2. Di sinilah anak-anak saya menuntu ilmu agama.....
KAFA PA2 ini beroperasi hanya dari rumah yang disewa dan diubahsuai menjadi bilik darjah untuk kegunaan pelajar dan guru. Tiada bangunan seperti bangunan sekolah biasa....tetapi sistem pembelajaran tetap berjalan lancar dan mengikut silibus yand ditetapkan. Jumlah pelajar juga agak ramai...dan merupakan antara KAFA yang terbaik di Kuala Selangor dari segi pencapaian akademik.
Untuk majlis ini, pelajar dipecahkan kepada 7 pasukan terdiri daripada pasukan MERAH, PINK, BIRU, PURPLE, OREN, COKLAT DAN HIJAU. Majlis ini memang meriah kerana....kesemua tujuh pasukan perlu berarak disekitar kediaman di mana KAFA ini beroperasi sambil berselawat dan pada masa yang sama mereka diadili oleh para juri yang didatangkan khas dari majlis / pejabat agama. Setiap pasukan akan diberi markah dan ada hadiah.
Bayangkanlah....betapa riuh dan meriahnya kawasan itu dengan laungan selawat dari anak-anak yang sememangnya bersemangat untuk menang ditambah pula dengan dorongan dari Ustaz dan Ustazah yang sama-sama nak menang. Seronok.....memang seronok.......................
Satu lagi yang menariknya majlis ni, sebab sebelum hari perarakan semua guru perlu mencari identiti pasukan masing-masing. Kenalah gunakan kreativiti masing-masing untuk menampilkan kelainan untuk pasukan mereka. Semuanya perlu dirahsiakan....walaupun dikalangan guru-guru. Ianya menjadi rahsia pasukan mereka dan hanya pada hari sambutan barulah mereka mempamerkan identiti dan kreativiti para guru untuk setiap pasukan.

JOM LAYAN GAMBAR PERARAKAN....................


Setelah perarakan berakhir......Keputusan pun diumumkan. Siapa sangka PASUKAN HIJAU yang nampak simple aje menang tempat pertama untuk sesi perarakan pada hari tersebut....
Dan yang lagi best tu sebab........anak-anak saya (QAMARUL & QAYYUM) dari pasukan HIJAU.

Tapi sempat snap gambar abang je sebab dia bawa sepanduk, gambar adik tak dapat nak snap sebab dia berarak ramai-ramai tak sempat mata nak cari kelibat dia dalam kelompok pasukan hijau tu....

Tahun ni tahun terakhir Abang (QAMARUL SYAKIRIN ZAINAL) ikut acara macam ni di KAFA. Tahun depan dia dah beralih ke sekolah menengah jadi sikit lebih kurangnya....coretan ini adalah kenangan untuk dia..

Semoga Abang akan success selalu dalam apa pun bidang yang Abang minat @ suka, Ummie sentiasa akan support yang mana boleh dan selagi terdaya........ SEMOGA MENJADI PELAJAR YANG CEMERLANG....AMIN.


Sekalung Tahniah dan JUTAAN Terima Kasih juga untuk KAFA PA2 serta Ustaz & Ustazah yang sentiasa memberikan yang terbaik untuk anak-anak didik mereka......Semoga akan terus maju dan sentiasa menjadi yang terbaik.....
read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget