My-Chantique Design

FIRSTLY, WELCOME TO MY BLOG.
SECONDLY, THANK YOU FOR VISITING MY BLOG.
THIRDLY, DO ENJOY YOURSELF WITH ALL THE STORY AND ITEM SHOWN IN THIS BLOG.
FINALLY, PLEASE CALL ME FOR FURTHER INFORMATION AND PLACE YOUR ORDER AS WELL IF YOU ARE INTERESTED



My Activitiy Calendar

Sunday, March 21, 2010

Sambutan Maulidur Rasul

SALAM......

Kali ni nak berkongsi kemeriahan Sambutan Maulidur Rasul KAFA Puncak Alam 2. Di sinilah anak-anak saya menuntu ilmu agama.....
KAFA PA2 ini beroperasi hanya dari rumah yang disewa dan diubahsuai menjadi bilik darjah untuk kegunaan pelajar dan guru. Tiada bangunan seperti bangunan sekolah biasa....tetapi sistem pembelajaran tetap berjalan lancar dan mengikut silibus yand ditetapkan. Jumlah pelajar juga agak ramai...dan merupakan antara KAFA yang terbaik di Kuala Selangor dari segi pencapaian akademik.
Untuk majlis ini, pelajar dipecahkan kepada 7 pasukan terdiri daripada pasukan MERAH, PINK, BIRU, PURPLE, OREN, COKLAT DAN HIJAU. Majlis ini memang meriah kerana....kesemua tujuh pasukan perlu berarak disekitar kediaman di mana KAFA ini beroperasi sambil berselawat dan pada masa yang sama mereka diadili oleh para juri yang didatangkan khas dari majlis / pejabat agama. Setiap pasukan akan diberi markah dan ada hadiah.
Bayangkanlah....betapa riuh dan meriahnya kawasan itu dengan laungan selawat dari anak-anak yang sememangnya bersemangat untuk menang ditambah pula dengan dorongan dari Ustaz dan Ustazah yang sama-sama nak menang. Seronok.....memang seronok.......................
Satu lagi yang menariknya majlis ni, sebab sebelum hari perarakan semua guru perlu mencari identiti pasukan masing-masing. Kenalah gunakan kreativiti masing-masing untuk menampilkan kelainan untuk pasukan mereka. Semuanya perlu dirahsiakan....walaupun dikalangan guru-guru. Ianya menjadi rahsia pasukan mereka dan hanya pada hari sambutan barulah mereka mempamerkan identiti dan kreativiti para guru untuk setiap pasukan.

JOM LAYAN GAMBAR PERARAKAN....................


Setelah perarakan berakhir......Keputusan pun diumumkan. Siapa sangka PASUKAN HIJAU yang nampak simple aje menang tempat pertama untuk sesi perarakan pada hari tersebut....
Dan yang lagi best tu sebab........anak-anak saya (QAMARUL & QAYYUM) dari pasukan HIJAU.

Tapi sempat snap gambar abang je sebab dia bawa sepanduk, gambar adik tak dapat nak snap sebab dia berarak ramai-ramai tak sempat mata nak cari kelibat dia dalam kelompok pasukan hijau tu....

Tahun ni tahun terakhir Abang (QAMARUL SYAKIRIN ZAINAL) ikut acara macam ni di KAFA. Tahun depan dia dah beralih ke sekolah menengah jadi sikit lebih kurangnya....coretan ini adalah kenangan untuk dia..

Semoga Abang akan success selalu dalam apa pun bidang yang Abang minat @ suka, Ummie sentiasa akan support yang mana boleh dan selagi terdaya........ SEMOGA MENJADI PELAJAR YANG CEMERLANG....AMIN.


Sekalung Tahniah dan JUTAAN Terima Kasih juga untuk KAFA PA2 serta Ustaz & Ustazah yang sentiasa memberikan yang terbaik untuk anak-anak didik mereka......Semoga akan terus maju dan sentiasa menjadi yang terbaik.....
read more...

Tuesday, March 16, 2010

Tempahan Tudung



Assalamualaikum.....Salam Sejahtera,

Hari ni nak kongsi dan uploadkan gambar2 tudung yang ditempah oleh pra sekolah bagi KAFA Puncak Alam 2

Pra sekolah ni kiranya ala-ala tadika lah. Biasanya pra sekolah ni cuma di sekolah rendah / kebangsaan saja.

Kafa PA2 ni mengambil inisiatif untuk maju selangkah lagi.....maka tertubuhlah Pra Sekolah yang diberi nama TAKIS WARDATUL IMTIYAAZ (Kalau tak silap lah).

Dalam tahun pertama pengurusan ni...rasanya student adalah mungkin dalam 20-30 orang. Okaylah kan....sekurang-kurang nya pihak pengurusan tahu yang kelas dia ada sambutan. Insyaallah....tahun depan akan bertambah lagi.


AWNING TUDUNG YANG DAH SIAP DIGOSOK DAN JUGA BODY TUDUNG YANG DAH READY UNTUK DICANTUM DAN JAHITKAN.....

AKHIRNYA......INILAH TUDUNG YANG DAH SIAP UNTUK ANAK-ANAK DI TAKIS WARDATUL IMTIYAAZ.....


read more...

Monday, March 1, 2010

HAPPY BIRTHDAY BABY @ APAM

Ulangtahun Qawiem Sufian Zainal @ Baby @ Apam pada 18 Oktober.....dah lepas dah pun.

18 Oktober 2009, Baby celebrate birthday ke 6.

Saja nak citer......

baby ni suka sangat melukis, menyanyi dan juga ada hati nak belajar muzik. Baby pernah suarakan kat abah dan bagi abah option... adik nak belajar main gitar atau pun melukis.

So.....pada hali lahir Baby, abah register kelas gitar untuk Baby di Yamaha Setia Muzik di Setia Alam....


TERCAPAILAH SATU HAJAT.....



Baby ngan instructor gitar Cikgu Saiful di Yamaha Setia Muzik, Setia Alam. (Minggu ke-dua)

HAJAT YANG TAK TERCAPAI.....

Bila citer pasal gitar ni ada hajat Baby yang tak tercapai.....

Lepas amik gambar ni, saya upload dalam FB. Tak sangka plak Mak Long (Kakak Ipar saya) jadikan wallpaper laptop dia dan tunjukkan pada Atuk (Bapa Mertua Saya).

Bila balik ke kampung dan Atuk tanyakan kisah kelas gitar dia dan minta dia mainkan satu lagu, Baby kata okay..., nanti bila dia dah teror main gitar, dia nak mainkan Atuk satu lagu sedih....kenapa lagu sedih....kami pun tak tau.

Itu janji Baby masa bulan December 2009 dan dia tak sempat pun nak tunai kan janji dia dan juga permintaan Atuk....pertamanya sebab Baby belum pun pandai lagi..... keduanya sebab Atuk dah pun tinggalkan Baby pada tanggal 5 Januari 2010 selepas maghrib....

AL-FATIHAH.....untuk Atuk , HAJI OMAR BIN ABDUL MANAF.

read more...

Kembali ke Sekolah

2010 dah pun masuk ke bulan yang ketiga.....Lama betul tak update blog.

Memandangkan ini post yang pertama untuk 2010, makanya nak bercerita alkisah anak-anak yang kembali ke alam persekolah setelah lama cuti sakan.

Tahun ni....semua anak-anak akan menghabiskan banyak masa mereka di sekolah dan transit. Anak-anak saya tumpangkan di transit untuk balik makan, mandi dan salin baju sebelum masuk semula untuk sesi petang. Lagipun,...semuanya berkumpul di tempat yang sama...senang sikit.

Tahun ni Kakak (sulong)dan Abang (kedua) akan menghadapi peperiksaan besar untuk diri mereka. Kakak akan ambil PMR dan Abang akan menduduki UPSR dan PSRA. Berat sikit untuk Abang sebab ada 2 exam. Exam tu nanti pun akan dijalankan pada bulan yg sama cuma minggu yg berlainan. Apa-apa pun Ummie doakan Kakak dan Abang sukses utk exam tu nanti...AMIN....yang penting kena rajin belajar, ulangkaji, usaha dan mohon bantuan berdoa pada ALLAH.

Tu citer anak sulong dan kedua. Anak ketiga "Adik" dalam tahun 4. Tak pening sangat cuma kena kerja keras sikit dan tambah usaha lagi sebab dah masuk tahap 2. Yang bongsu "Baby" @ "Apam" dah pun masuk darjah satu. Ha....yang ni ada pening sikit. Almaklumlah....macam kena kejutan budaya. Adalah sikit-sikit masalah yg timbul...citer lucu pun ada gak....NANTI SAYA CITERKAN....


QAWIEM SUFYAN ZAINAL (BABY @ APAM)

SKPA(2) Tahun 1 Alim

Hari Pertama Sekolah.....Abang tolong Baby pakai kasut sekolah...

Siap untuk ke sekolah.....

Citer lawak Baby di Sekolah....

Biasanya budak tahun 1 ni jarang yang pandai kira duit. Termasuklah anak saya si Qawiem @ Apam. Hari pertama sekolah saya bagi dia RM1 untuk belanja sekolah kebangsaan tapi saya ada mnasa waktu dia rehat untuk bantu dan ajarkan dia. Disebabkan ramai murid tahun 1 yang bagi duit RM1 pada pakcik kantin dan tak ambil baki maka cikgu pesan pada parents supaya bagi RM0.50 2 keping untukm anak-anak supaya mudah dan tak rugi.

Hari kedua, saya bagi dia RM0.50 2 keping untuk belanja. Waktu rehat saya tak join. Habis waktu sekolah saya tanya apa dia belanja di sekolah. Dia kata tak boleh nak belanja sebab kat sekolah dia semua kawan dia bawak duit kertas...takde pun kawan dia yang bawak duit besi, cuma pakcik ngan makcik kantin jer yang pakai duit besi.....so dia tak belanja.

Hari ketiga terpaksalah bagi note RM1. Waktu rehat saya tak join. Balik sekolah....semuanya okay, dia beli nasi lemak RM0.50 ada baki RM0.20 + RM0.20 + RM0.10 = total RM0.50. Duit baki masuk tabung.

Memandangkan semalam bagi note RM1 takde masalah jadi hari keempat pun bagi jugaklah RM1. Balik sekolah dia komplen.....katanya, semalam beli nasi lemak, hari ni pun beli nasi lemak tapi nape semalam acik kantin tu bagi duit banyak hari ni dia bagi 1 je duit. Acik kantin tu tak cukup duit ke hari ni...? Sebab semalam tokey kantin tu kasi dia loose money, hari ni dia dapat balance RM0.50 sekeping dia tak puas hati dan tak paham.....

ALAMAK......susahlah macam ni......

Tapi itu citer 2 bulan lepas......hari ni dah masuk bulan ketiga, semuanya dah okay......

read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget