My-Chantique Design

FIRSTLY, WELCOME TO MY BLOG.
SECONDLY, THANK YOU FOR VISITING MY BLOG.
THIRDLY, DO ENJOY YOURSELF WITH ALL THE STORY AND ITEM SHOWN IN THIS BLOG.
FINALLY, PLEASE CALL ME FOR FURTHER INFORMATION AND PLACE YOUR ORDER AS WELL IF YOU ARE INTERESTED



My Activitiy Calendar

Sunday, March 21, 2010

Sambutan Maulidur Rasul

SALAM......

Kali ni nak berkongsi kemeriahan Sambutan Maulidur Rasul KAFA Puncak Alam 2. Di sinilah anak-anak saya menuntu ilmu agama.....
KAFA PA2 ini beroperasi hanya dari rumah yang disewa dan diubahsuai menjadi bilik darjah untuk kegunaan pelajar dan guru. Tiada bangunan seperti bangunan sekolah biasa....tetapi sistem pembelajaran tetap berjalan lancar dan mengikut silibus yand ditetapkan. Jumlah pelajar juga agak ramai...dan merupakan antara KAFA yang terbaik di Kuala Selangor dari segi pencapaian akademik.
Untuk majlis ini, pelajar dipecahkan kepada 7 pasukan terdiri daripada pasukan MERAH, PINK, BIRU, PURPLE, OREN, COKLAT DAN HIJAU. Majlis ini memang meriah kerana....kesemua tujuh pasukan perlu berarak disekitar kediaman di mana KAFA ini beroperasi sambil berselawat dan pada masa yang sama mereka diadili oleh para juri yang didatangkan khas dari majlis / pejabat agama. Setiap pasukan akan diberi markah dan ada hadiah.
Bayangkanlah....betapa riuh dan meriahnya kawasan itu dengan laungan selawat dari anak-anak yang sememangnya bersemangat untuk menang ditambah pula dengan dorongan dari Ustaz dan Ustazah yang sama-sama nak menang. Seronok.....memang seronok.......................
Satu lagi yang menariknya majlis ni, sebab sebelum hari perarakan semua guru perlu mencari identiti pasukan masing-masing. Kenalah gunakan kreativiti masing-masing untuk menampilkan kelainan untuk pasukan mereka. Semuanya perlu dirahsiakan....walaupun dikalangan guru-guru. Ianya menjadi rahsia pasukan mereka dan hanya pada hari sambutan barulah mereka mempamerkan identiti dan kreativiti para guru untuk setiap pasukan.

JOM LAYAN GAMBAR PERARAKAN....................


Setelah perarakan berakhir......Keputusan pun diumumkan. Siapa sangka PASUKAN HIJAU yang nampak simple aje menang tempat pertama untuk sesi perarakan pada hari tersebut....
Dan yang lagi best tu sebab........anak-anak saya (QAMARUL & QAYYUM) dari pasukan HIJAU.

Tapi sempat snap gambar abang je sebab dia bawa sepanduk, gambar adik tak dapat nak snap sebab dia berarak ramai-ramai tak sempat mata nak cari kelibat dia dalam kelompok pasukan hijau tu....

Tahun ni tahun terakhir Abang (QAMARUL SYAKIRIN ZAINAL) ikut acara macam ni di KAFA. Tahun depan dia dah beralih ke sekolah menengah jadi sikit lebih kurangnya....coretan ini adalah kenangan untuk dia..

Semoga Abang akan success selalu dalam apa pun bidang yang Abang minat @ suka, Ummie sentiasa akan support yang mana boleh dan selagi terdaya........ SEMOGA MENJADI PELAJAR YANG CEMERLANG....AMIN.


Sekalung Tahniah dan JUTAAN Terima Kasih juga untuk KAFA PA2 serta Ustaz & Ustazah yang sentiasa memberikan yang terbaik untuk anak-anak didik mereka......Semoga akan terus maju dan sentiasa menjadi yang terbaik.....

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...